Sunday, 4 August 2013

Syukur Allhamdulilah... Misi tercapai!!

Awal Isnin minggu lepas saya telah menerima emel yang begitu mengujakan!!
Cek sudah selamat saya terima, terima kasih MILO!!

MILO Dikaulah sumber inspirasi, 
Membuka Lembaran baru impianku direalisasi,
Dikau membuat diriku kenal pentingnya sarapan pagi,
Akar yang membawa kegemilangan setiap aspirasi


Akan kuteruskan rutin harian ini sampai bila-bila Insyallah, kalau berguna dan memberi manfaat kepada kita semua tidak salah kan. Segelas MILO setiap pagi dibalas segunung kecergasan sepanjang hari!!

Thanks MILO!

MILO buat diriku melangkah lebih jauh!!!

Sampai sekarang macam mimpi pula bila dapat turunkan berat badan. Memang tak sangka betul! Kalau bukan kerana MILO dah tentu jeans kesayangan saya tu tersadai begitu saja. Silap-silap jadi tukun sahaja sampai anak dah lima huhu

Ok di bulan puasa ni, aktiviti-aktiviti rutin 'work out' direhatkan dahulu untuk mengelakkan badan terhidrasi, TETAPI bersahur dengan MILO sudah jadi kemestian, barulah bertenaga nak menempuhi aktiviti-aktiviti harian kan!! Suami dan keluarga pun turut bersahur dengan MILO tau... !


Inilah sahur saya, semua resepi boleh diperolehi di laman rasmi MILO.





Ok memandangkan aktiviti-aktiviti work out direhatkan selama sebulan, saya nak kongsi satu tips mudah mengurangkan berat badan dengan lebih pantas walaupon berpuasa! Saya telah membeli sehelai seluar sauna dari sebuah laman katalog web yg terkenal. Seluar berjenama Zaggora. Seluar ni adalah keluaran dari luar negara. Seluar ni saya pakai tiap kali saya melakukan rutin harian seperti membasuh baju, mengemas rumah, dan bila duduk di dalam rumah sambil-sambil melipat kain :)

Seluar sauna ini memang amat-amatlah selesa sekali, berpeluh-peluh kaki bila dipakai, rasa ringan je lepas tu. :) Saya kongsikan katalog manual.


Dan selepas hampir sebulan mengamalkan gaya hidup sihat ala MILO, inilah hasilnya!
Berat badan saya telah turun hampir 6 kilogram hanya dalam 2 bulan!!
Syukur alhamdulilah...


Dan paling terindah seluar kesayangan saya yang sudah lama tidak dipakai kini telah BERJAYA!!
Yeayyy!!!!!!!!!!! Terima kasih MILO...
Syukur padamu Tuhan...


Nampak tak bezanya bila anda mengambil sarapan yang berkhasiat seperti MILO setiap pagi berbanding sebelumnya. Rasailah perbezaannya...kejarlah apa sahaja yang anda minati tapi yang penting pengambilan sarapan yang berkhasiat jangan sesekali dilupai kerana itulah tunjang utama kejayaan. Nampak kecil tapi sumbangannya amatlah besar!! Mudah sahaja mulakan hari anda setiap pagi hanya dengan MILO minuman yang membuat anda melangkah JAUH!!