Thursday, 27 June 2013

Minggu 2- MILO Breakfast Movement (Yes! Turun sikit!)

Minggu 2: 15 Jun - 21 Jun 2013
Minggu kedua ini ada sedikit aktiviti pergerakan terbatas apa tidaknya, pada 19 dan 20 Jun 2013 jerebu yang ditahap tidak sihat telah menyerang negara dan ditempat saya iaitu di  JB adalah salah satunya!
Namun semua itu tidak mematahkan semangat saya, perjuangan semangat MILO pasti kuteruskan!

Aktiviti kecerdasan pada waktu pagi dimulakan dengan sarapan spicy hotdog wrap yang diinspirasi oleh MILO boleh lihat resepi disini. Resepi saya sedikit diubah iaitu tuna dengan potongan hotdog kegemaran saya. Wallah! Dengan gabungan spicy hotdog wrap dan MILO pastinya mennyinarkan pagi anda!




Aktiviti kecergasan saya bermula seperti biasa, iaitu berbasikal senaman selama kira-kira 30 minit. (pada masa ini Jerebu belum lagi menyerang JB secara serius) cuma pada awal pagi cuti Sabtu yang lepas (15 Jun 2013), atas cadangan dan sokongan suami tercinta kami sekeluarga memulakan hari dengan bersenam di sebuah Taman Tasik berdekatan dengan perumahan kami. Seawal jam 7.00 pagi saya memulakan aktiviti kecergasan, dengan berlari-lari anak mengelilingi sepanjang tasik yang kira-kira seluas padang bola sambil menikmati kesegaran hawa pagi! Oh indahnya alam... (abaikan muka yang kepenatan itu :p )




Di akhir hari minggu ke dua, memang banyak menguji mental dan fizikal, badan memang terasa kepenatan dan sedikit lemah. Namun semangat MILO mesti ku teruskan jua. Berpaksikan pada kekuatan mental ku dan sokongan dari suami tercinta juga rakan-rakan sekalian. Ku pasti sinarnya akan kutemui.. (ceewahh)

Dan setelah hampir 2 minggu bertungkus lumus aku semakin nampak sinarnya, percaya tak, hasil dari pemakanan diet di mana Menu sepanjang program ini:
Pagi: Roti Wholemeal,salad,kepingan potongan hot dog  + segela MILO protomal 3 in 1
       atau
       hotdog/tuna wrap resepi MILO (disini)
       atau
       Roti Kaya bakar MILO (disini)
       atau
       Lempeng ala MILO (disini)

Tengahari - Makan nasi seperti biasa tetapi lebihkan sayuran dan kurangkan makanan berminyak

Malam- Makan sebelum pukul 7.00 malam + nasi sedikit sahaja dan berkuah air tanpa lemak/ sup sayuran

dan Pastikan minum air masak yang banyak, memang minuman manis aku jarang sangat mungkin sudah terbiasa.

ye inilah menu-menu harian ku.. demi cita-citaku aku relaaaaa......

segalanya diharap mampu mencapai matlamatku yang jitu, semangat dan kecergasan mesti seiring bukan!

Lihat! 

 70.7 kg sudah!! Turun 1.6 kg!! 

Senyum tak perlu kata apa-apa...
Memikirkan aku punya 5 bulan lagi.. Mampukah aku!
Caiyok! Caiyok!!



No comments:

Post a Comment