Thursday, 20 June 2013

JB dilanda Jerebu..



Gambar-gambar di diambil pada 20 Jun 2013, semalam sewaktu aku berada di persimpangan Kempas nak menghala ke highway pasir gudang. Subhanallah... Harini lagi teruk rasanya, bangun pagi pukul 6.00 pagi dalam bilik terus dah bau asap, nak mandi capai tuala pon bau asap, baju kerja pon bau asap huhuhu

Dekat hall bilik atas, dah berkabus asap bagai, keluar kerja pagi tadi nak pergi ke kereta dapat lihat tompok putih sulfur bertoksid jerebu ni.. Allhuakbar Perjalanan pagi nak ketempat kerja pula berasap sana sini. Makin teruk rasanya hari ini. Nasib baik Daniel me tak kasi sekolah, cuti dengan sendirinya dari tadika dia, lambat sangat nak tunggu kerajaan umum cuti huhu
Masuk pejabat pon abis berkabus opis harini, bau asap melekat kat baju kerja walaupon dah di spray dengan perfume huhu

Dekat pasir gudang,Muar, Larkin Lama (sangat dekat dgn JB ok) semua sekolah tutup, dah tahap merbahaya

sila ke website tersebut untuk info perkembangan dari semasa ke semasa.








Jaga kesihatan anda dan keluarga!




No comments:

Post a Comment