Thursday, 27 June 2013

Minggu 2- MILO Breakfast Movement (Yes! Turun sikit!)

Minggu 2: 15 Jun - 21 Jun 2013
Minggu kedua ini ada sedikit aktiviti pergerakan terbatas apa tidaknya, pada 19 dan 20 Jun 2013 jerebu yang ditahap tidak sihat telah menyerang negara dan ditempat saya iaitu di  JB adalah salah satunya!
Namun semua itu tidak mematahkan semangat saya, perjuangan semangat MILO pasti kuteruskan!

Aktiviti kecerdasan pada waktu pagi dimulakan dengan sarapan spicy hotdog wrap yang diinspirasi oleh MILO boleh lihat resepi disini. Resepi saya sedikit diubah iaitu tuna dengan potongan hotdog kegemaran saya. Wallah! Dengan gabungan spicy hotdog wrap dan MILO pastinya mennyinarkan pagi anda!




Aktiviti kecergasan saya bermula seperti biasa, iaitu berbasikal senaman selama kira-kira 30 minit. (pada masa ini Jerebu belum lagi menyerang JB secara serius) cuma pada awal pagi cuti Sabtu yang lepas (15 Jun 2013), atas cadangan dan sokongan suami tercinta kami sekeluarga memulakan hari dengan bersenam di sebuah Taman Tasik berdekatan dengan perumahan kami. Seawal jam 7.00 pagi saya memulakan aktiviti kecergasan, dengan berlari-lari anak mengelilingi sepanjang tasik yang kira-kira seluas padang bola sambil menikmati kesegaran hawa pagi! Oh indahnya alam... (abaikan muka yang kepenatan itu :p )




Di akhir hari minggu ke dua, memang banyak menguji mental dan fizikal, badan memang terasa kepenatan dan sedikit lemah. Namun semangat MILO mesti ku teruskan jua. Berpaksikan pada kekuatan mental ku dan sokongan dari suami tercinta juga rakan-rakan sekalian. Ku pasti sinarnya akan kutemui.. (ceewahh)

Dan setelah hampir 2 minggu bertungkus lumus aku semakin nampak sinarnya, percaya tak, hasil dari pemakanan diet di mana Menu sepanjang program ini:
Pagi: Roti Wholemeal,salad,kepingan potongan hot dog  + segela MILO protomal 3 in 1
       atau
       hotdog/tuna wrap resepi MILO (disini)
       atau
       Roti Kaya bakar MILO (disini)
       atau
       Lempeng ala MILO (disini)

Tengahari - Makan nasi seperti biasa tetapi lebihkan sayuran dan kurangkan makanan berminyak

Malam- Makan sebelum pukul 7.00 malam + nasi sedikit sahaja dan berkuah air tanpa lemak/ sup sayuran

dan Pastikan minum air masak yang banyak, memang minuman manis aku jarang sangat mungkin sudah terbiasa.

ye inilah menu-menu harian ku.. demi cita-citaku aku relaaaaa......

segalanya diharap mampu mencapai matlamatku yang jitu, semangat dan kecergasan mesti seiring bukan!

Lihat! 

 70.7 kg sudah!! Turun 1.6 kg!! 

Senyum tak perlu kata apa-apa...
Memikirkan aku punya 5 bulan lagi.. Mampukah aku!
Caiyok! Caiyok!!



Minggu 1- MILO Breakfast Movement

Salam dan Hi!
Ok entry saya kali ni banyak menjurus kepada perkembangan sepanjang menyertai Kempen 'MILO Breakfast Movement'. Terima Kasih pujaanku MILO! Anda boleh rujuk pada entry yang lepas di sini dimana saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang. Terima Kasih MILO!! Love your taste forever and ever!

MILO BREAKFAST MOVEMENT

MILO Breakfast Movement equips you with the energy to make the most of your day. Research has proven that having a nutritious breakfast has a direct effect in how you learn, play, work, function, live. Yet so many of us choose to skip it.

MILO is on a mission to get Malaysians back into the habit of starting the day with breakfast. By complementing it with a MILO, you will only reap the benefits of having the energy to go further in whatever you set out to do.

Feel the difference of having a breakfast with MILO today.

"start workout every morning, my mum was right,
 breakfast is linked to many health benefits,
my goal is to wear my favourite skinny jeans where
 i kept so long in wardrobe because i can't wear it anymore right now."

Inilah entri saya yang telah terpilih yang telah saya jadikan sebagai azimat dan panduan saya selama menyertai program ini.

SEBELUM ITU...

Ingin lihat seluar jeans kegemaran yang saya tidak dapat pakai sekian lama itu? Rasanya adalah dalam 2 tahun terperam di dalam almari, selepas 6 bulan melahirnya anak ke dua, Muhd Danish, langsung jeans levis tu elok saja terperap dari pertengahan tahun 2011 hingga kini. Sedihkan, untuk pengetahuan jeans tersebut baru sahaja dibeli tahun 2011 waktu itu iaitu selepas sahaja habis sahaja pantang 44 hari anak kedua, dengan ukuran pinggang 29 inci,berat masa tu baru 60kg! Sekarang..... sila lihat dibawah huhu ada saya sertakan bukti berapa kilo huhu dan tragisnya selepas 6 bulan jeans kesukaan saya ini dibeli langsung tak boleh pakai lagi! sob.. sobbb


Ok ini pula saiz jeans yang saya pakai sekarang :( Saiz pinggang adalah 31 inci !!!! 



Nak tahu berat saya pula peringkat hari pertama saya menyertai program ini?


72.3 kg uols!! Sob.. sobbb... :(

 Tu dia muka sedih jeans yang tak boleh dipakai, tapi tidak mengapa dengan semangat MILO segalanya boleh!!! Ya, lakukan apa sahaja yang aktiviti yang anda suka tapi jangan sesekali skip breakfast tau. At least minum segelas milo setiap pagi semestinya badan cergas dan otak cerdas! Ingin tahu resepi sihat terbaik untuk sarapan pagi? Mudah! rujuk sahaja di website http://www.milo.com.my mudah, ringkas, sihat dan yang pasti sedap serta menceriakan hari anda dengan gabungan MILO yang kaya dengan actigen E dan proto malt barli.

Demi semangat MILO teruja mencari basikal senam, sebab mengikut kata pakar senam di kedai alat senaman tersebut, disebabkan saya adalah jenis bentuk badan buah pear iatu, besar di bahagian bawah , saya perlu lakukan latihan kecergasan yang memerlukan senaman kardio dibahagian tersebut.
Ini dia teman setia saya sekarang tiga kali seminggu huhu..

Fresh from the oven. Masa ni baru sahaja sampai dirumah!

Minggu 1 (08 Jun-14 Jun 2013)
Semestinya dimulakan sarapan dengan segelas MILO dahulu! Aktiviti kecergasan saya bermula seawal 5.00 pagi. Setiap 3 kali seminggu (Sabtu, Ahad dan,Rabu) selama 30-40 minit  Bersenam dengan basikal di rumah, saat-saat paling mengujakan dan bermakna untuk memulakan hari-hari saya!.



Maaf, kamera tak berapa nak jelas, almaklumlah jurugambar amatur hehe
Semangat tak saya!! Harus!!! Perjuangan mesti diteruskan!!
Gambate!!
Doakan ye :)








Thursday, 20 June 2013

JB dilanda Jerebu..



Gambar-gambar di diambil pada 20 Jun 2013, semalam sewaktu aku berada di persimpangan Kempas nak menghala ke highway pasir gudang. Subhanallah... Harini lagi teruk rasanya, bangun pagi pukul 6.00 pagi dalam bilik terus dah bau asap, nak mandi capai tuala pon bau asap, baju kerja pon bau asap huhuhu

Dekat hall bilik atas, dah berkabus asap bagai, keluar kerja pagi tadi nak pergi ke kereta dapat lihat tompok putih sulfur bertoksid jerebu ni.. Allhuakbar Perjalanan pagi nak ketempat kerja pula berasap sana sini. Makin teruk rasanya hari ini. Nasib baik Daniel me tak kasi sekolah, cuti dengan sendirinya dari tadika dia, lambat sangat nak tunggu kerajaan umum cuti huhu
Masuk pejabat pon abis berkabus opis harini, bau asap melekat kat baju kerja walaupon dah di spray dengan perfume huhu

Dekat pasir gudang,Muar, Larkin Lama (sangat dekat dgn JB ok) semua sekolah tutup, dah tahap merbahaya

sila ke website tersebut untuk info perkembangan dari semasa ke semasa.








Jaga kesihatan anda dan keluarga!




Friday, 7 June 2013

Achoommmmmmmmmmm!!!

Achoommm!!!

Bersin dibuat-buat huhu... Saya bukan apa almaklumlah hangat2 tahi ayam buat blog, ginilah jadinye, dah lama tak berupdate huhu... Macam-macam halangan... (Alasan!!)

Alhamdulilah tahun 2013 ni rezeki datang mencurah-curah... Saya ingat pesan mak ,

"jika inginkan sesuatu walaupon kita rasa benda tu tak masuk akal,dah ada INGIN pasti Allah dorongkan kita ke arah itu, tapi jika kita kata terus tak nak maka memang TAK DAPAT lah apa yang kita nak.." Mak

Terima kasih Mak, mak banyak bagi sokongan, doa dan nasihat dengan ti..
Sayang Mak sangat-sangat

Ok saya mulakan dulu dengan entry kemenangan yang me dapat dalam tahun 2013, termasuklah hujung tahun 2012 yang tak update-update huhu

Alhamdulilah syukur sangat2 tapi sebelum me nak tepek semua kemenangan me ini, diharap entry me tidak disalah ertikan seperti ingin menunjukkan-nunjuk, apa yang baik hanya dari Allah swt dan yang buruk sudah tentulah dari saya insan biasa yg tidak lari dari kesalahan. Enrty me bertujuan supaya me dapat simpan sebagai kenang-kenangan dan merapat silaturahim sesama kawan-kawan dan sesiapa sahaja yg sudi singgah di blog me ni, hai panjang pula celoteh. ok kita mulakan:

Kemenangan terbesar awal tahun 2013 adalah me menang contest SOFY what ever when ever!!
Hadiahnya melancong ke Tokyo Disneyland Jepun , 5 hari 4 malam bernilai RM 10K

Syukurnya ya Allah!!!













ok setakat ini dulu yang me dapat berkongsi, jujur me katakan me cuba yang terbaik sahaja sedaya upaya me dan hasilnya hanya berserah padaNYA, ada rezki adalah.. 
Alhamdulilah atas segala-galanya






Syukur, terpilih untuk menang RM5K untuk MILO Breakfast Movement Contest!!

Bersawang sudeh blog me ni huhu

Banyak benda berlaku sebenarnya, dek kerana byk sgt nak kerja dibuat sampai dah bersawang blog saya huhu
(Banyak alasan!!)

Ok perkembangan terbaru me.. My entry terpilih untuk contest :

MILO Breakfast Movement Contest!!! Jika apa yg saya rancangkan dapat saya akan dapat RM5000 itu...
Insyallah... RM5000 tu banyak untuk saya yang tak berapa nak ada ni huhu... Ya Allah permudahkan lah urusan ku...

Saya share kat sini apa entry me tu ye:

"start workout every morning, my mum was right,
 breakfast is linked to many health benefits,
my goal is to wear my favourite skinny jeans where
 i kept so long in wardrobe because i can't wear it anymore right now."

Lanjutan emel dari pihak MILO yang me dapat pagi tadi:

Hi Noridawati, Abd Aziz!

Congratulations! The personal goal that you've submitted for MILO Breakfast Movement Day Contest has been selected.

Please email us a photocopy of your MyKad  (both front and back side) and your mailing address to XXXXX@XXXX.com  for verification purposes.

You will receive RM5000.00 as monetary support to help you achieve your personal goal that you’ve submitted for the MILO Breakfast Movement Day Contest.

In order to claim the monetary support, you are required to provide continuous progress updates regarding your submitted personal goal throughout the Contest Period. Regarding the progress updates, you must provide documentation in the form of the following:
  1.          Journals
  2.          Blogs – Blog Website URL
  3.          Photos or Videos
  4.          Payment – in the form of receipt for the expenses that are used to achieve your personal goal
hah tu dia, rezeki di pagi-pagi Jumaat!! Alhamdullilah syukurnya Ya Allah...

Setiap pagi sarapan dengan MILO sudah jadi rutin harian me, terutama kalau tak sempat breakfast hanya seteguk MILO sudah rasa terisi perut.. Mak juga selalu pesan kat saya, pagi-pagi sebelum nak buat apa-apa pun perut jangan kosong at least minum MILO pun jadi. Celoteh panjang pula saya

Ok kita teruskan dengan kisah entry saya dalam contest ni, me memang ada sehelai skinny jeans brand LEVIS yang saya beli zaman anak pertama dulu tahun 2010, ingatkan lepas 2011 hingga kini boleh la pakai. Mahal pula jeans tu kan, tapi penat ku sarungkan beberapa kali, bak kata pepatah orang tua "macam balut nangka daa.. tak muat langsung nak sarung huhu.. (nangis laju-laju)

So my mission, saya kena lah buat progress dan report kepada pihak terbabit . Dan jika my goal tercapai saya akan di hadiahkan dengan RM5000!! Kiranya diaorang bagi modal untuk merealisasikan my misi...

Alhamdulilah, banyak dalam perancangan saya nak buat ni sebenarnya.. Tunggu ye entry me satu persatu..

terima kasih MILO!!

terima kasih juga kawan-kawan, sesiapa sahaja yang sudi singgah di blog me ini

WISH ME LUCK!!