Tuesday, 2 October 2012

Syukur, rezeki ramadan dan raya 2012

Alhamdulilah, walaupun aku ni bukan comper tegar dan supersenior, hasil cubaan demi cubaan akhir membuah hasil, bermula bulan ramadan lalu aku menjadi addict pula setelah banyak hadiah kecil kecilan dimenangi, (Masa tu banyak masa terluang). Malu pula nak post kalau nak banding dengan compers lain yang hebat-hebat, apalah sangat kan hadiah aku ni kan.. blog pon nan ado visitor hahaha ketawa kan diri sendiri... takpela blog ni pon dah mcm diari aku, yg rapat dgn aku pon tak tau adanya blog ni.. hanya kenalan2 luar sahaja yg tau.. kira p&c la juga huhu
Apa-apa pon aku amat2 bersyukur pada Allah swt kerana walaupon rezeki aku ni kecil tapi amat bermakna pada diriku.. Alhamdulilah...

Bak kata kakak aku 'kalau ada rezeki takkan ke mana' dan aku ingin ku abadikan ia di blogku sebagai kenang-kenangan buat anak cucu.. Kira nenek diaorang penah bercompers satu masa dulu keh keh keh

perfect laurier raya contest 2012 RM200

Jusco Baucer RM250 - Palmolive raya bersama Siti Saleha

The Body Shop contest- Pin to win
Gambar Daniel dekat ladang tembakau terpilih, yg ni memang tak sangka la
pasal contestant lain lagi hebat2 gambarnya semua luar negara, i sorang je dalam negeri. :)

X Mini Speaker Worth RM100 - 100 plus contest

Last but no least hadiah yg paling bermakna sekali








Bermakna bukan sebab paling mahal, tapi sebab dengan kemenangani nilah wishlist ai salah satu iaitu
nak belikan katil untuk anak bujang telah menjadi realiti, jimat duit kami especially papa :)
Dan yang paling bermakan start 30 September Daniel dah tak tidur dengan kami, sejak bilik dia dah lengkap,
kemain suka lagi buat kerja sekolah, play tab  dalam bilik dia, tidur pon awal tak payah puas bersuruh macam selalu..
Haishhh... dah rasa besar dah anak bujang ku sorang ni... :)