Monday, 27 August 2012

Kisah raya di kelantan

Tahun ni turn beraya di rumah mertua banyak betul dugaan mana taknya, hanya raya pertama saja kami sekeluarga sempat beraya sakan di rumah sanak saudara. Hari kedua , ketiga aku, suami dengan Danish terbaring demam panas n batuk yang teruk! huhu Ujian betul... sampai raya keempat demam Danish tak kebah-kebah dua kali masuk ubat buntut tapi panas tak turun-turun, ubat klinik pon tak jalan, kelam kabut pergi hospital pakar KPJ Perdana, Danish kena warded sehari. Alhamdulilah demam Danish dah semakin surut, memang subhanallah panas betul cuaca di Kelantan waktu tu, sampaikan mak mertua kata dah 2 minggu tak hujan-hujan huhu... Tapi pengalaman di KPJ Perdana ni sungguhlah mengecewakan dari servis Doktor Pakar dan servis nursing.. fail beb, tak boleh lawan KPJ Johor... Doktor dia tak salah DOktor Nasran amatlah slow meloww servisnya, bayangkan ramai patient kat luar tunggu dia boleh berbual punyala lama kat dalam dengan patient yg lain, lepas tu boleh pula buat call kat family dia dalam tu cerita pasal raya OMG!! Lagi satu kebersihan tandas tak nampak pon toilet kerap di cuci, sekali tu jelah, nama je duduk single room huhu... and ubat Danish untuk dibawa balik hanya ubat untuk batuk biasa dan ubat demam biasa yang aku boleh dapat kat klinik biasa, takde plak antibiotik huhu dan seperti yang dijangka, balik JB demam Danish kembali, nasib baik kami dah biasa dengan satu klinik di Taman Dahlia, alhamdulilah Danish kian sembuh dari hari sehari..syukur.. dan plan kali ni nak berjalan-jalan di Kelantan especially singgah di pengkalan kubur, rantau panjang semuanya tak menjadi, takpela redha, mungkin ada hikmahNya..

No comments:

Post a Comment