Monday, 27 August 2012

Dua rezeki contest online

Dapat panggilan telefon satu dari 100 plus, alhamdulillah menang x mini speker worth RM100 lebih.. rezeki syukur amin..

Dan ada lagi satu surprise, dapat panggila telefon dari kleenex, tapi tak tau hadiah apa, Kleenex kata surprise huhu check their fb katanya.. apa-apa pun syukur alhamdulilah..

Kisah raya di kelantan

Tahun ni turn beraya di rumah mertua banyak betul dugaan mana taknya, hanya raya pertama saja kami sekeluarga sempat beraya sakan di rumah sanak saudara. Hari kedua , ketiga aku, suami dengan Danish terbaring demam panas n batuk yang teruk! huhu Ujian betul... sampai raya keempat demam Danish tak kebah-kebah dua kali masuk ubat buntut tapi panas tak turun-turun, ubat klinik pon tak jalan, kelam kabut pergi hospital pakar KPJ Perdana, Danish kena warded sehari. Alhamdulilah demam Danish dah semakin surut, memang subhanallah panas betul cuaca di Kelantan waktu tu, sampaikan mak mertua kata dah 2 minggu tak hujan-hujan huhu... Tapi pengalaman di KPJ Perdana ni sungguhlah mengecewakan dari servis Doktor Pakar dan servis nursing.. fail beb, tak boleh lawan KPJ Johor... Doktor dia tak salah DOktor Nasran amatlah slow meloww servisnya, bayangkan ramai patient kat luar tunggu dia boleh berbual punyala lama kat dalam dengan patient yg lain, lepas tu boleh pula buat call kat family dia dalam tu cerita pasal raya OMG!! Lagi satu kebersihan tandas tak nampak pon toilet kerap di cuci, sekali tu jelah, nama je duduk single room huhu... and ubat Danish untuk dibawa balik hanya ubat untuk batuk biasa dan ubat demam biasa yang aku boleh dapat kat klinik biasa, takde plak antibiotik huhu dan seperti yang dijangka, balik JB demam Danish kembali, nasib baik kami dah biasa dengan satu klinik di Taman Dahlia, alhamdulilah Danish kian sembuh dari hari sehari..syukur.. dan plan kali ni nak berjalan-jalan di Kelantan especially singgah di pengkalan kubur, rantau panjang semuanya tak menjadi, takpela redha, mungkin ada hikmahNya..

Monday, 13 August 2012

Merahnya Makngah..

Merah, itulah tema warna raya kami sekeluarga tahun 2012 ni.. baju melayu encik suami, baju melayu daniel, semua warna merah terang... Baju raya aku pon terjebak sama la, yang untuk si kecik baju melayu tak beli, sebab panas, so beli baju kolar untuk dia, hasil rembatan di warehouse polo angsana dan sale di alamanda banyak juga lah anggaran kerugian incik suami ekekeke.. Alhamdulillah semoga ramadan dan raya kali ni lebih bermakna buat kami sekeluarga, walaupon tahun ni beraya di rumah mertua di Kelantan, hati tetap berasa girang.. :))


tu dia kasut baru mama, papa dan daniel, terbang duit papa beberapa helai rat huhu cuma danish je tak bertukar pasal kasut dia yang dibeli bulan empat dulu masih baru lagi, lagipon baby kaki cepat membesar buat apa nak membazir... apa-apa pun berbelanja mengikut bajet dan penuh berhikmah :))

Wednesday, 8 August 2012

DIGI Jualan Juara Internet

Setelah di survey2... plan mana yang best, so aku rasa nak ambil plan DIGI ni, nak sambar Galaxy Tab 10.1 dengan RM649.. berbaloi-baloi rasanya.. (eh ni trademark CELCOM ekeke) , selain daripada pakej yang berbaloi dan murah siap ada rebat tu beb.. Promo ni tamat pada 2 September.. Apalagi jom serbu DIGI, haritu aku dah survey dan kat DIGI Taman Molek, memang parking penuh tu.. So cancel GT 7 rembat yang ni.. hehe


Thursday, 2 August 2012

Jadilah..

Semalam, dapat notis dari poslaju nama hubby, ada barang kena ambil dekat pejabat pos taman U, pelik jugak aku dgn hubby, pebenda ek? so hubby pick up kat pos sana sekali.

Taraaa... (gambar tak amik) dapat redbull sport bottle la.. lahai dapat rupanyer.. alhamdulilah, rezeki jugak ni.. padahal hantar satu je borang guna nama hubby, slogan pon main hentam sajalah labu, best gak botol ni, ketat dan agak terasa kalau pegang.. memang kalau isi air takkan tumpah punyer.. hubby siap2 bawak kat kedai, katanya nnti nak minum senang.. wah wah binik yg perah otak laki dapat hasil ek.. bluwekkk haha
So pagi ni, check out website redbull, so tgk nama husband ada kat situ.. tak sia-sia aku perah otak cipta slogan.. hehe Tapi nyesal gak tak masuk lagi satu nama aku, klu tidak dapat 2.. takpe ni baru permulaan kan?