Tuesday, 24 July 2012

Kisah Daniel di tadika

Gambar-gambar semua diambil dari fb tadika al hawi, credit tu teacher aisyah, guru kelas 5 cerry daniel, thank you so much teacher, Hari tu ambil report card daniel, so far teacher kata daniel takde masalah, alhamdullilah baca boleh dah tapi ni pon ikut mood dia, hafal yassin pon dah boleh walaupon bacaan dia ada ikut suka hati dia jer tak ikut bunyi yang betul..

Sejuk perut mama tengok gambar ni :))




Semoga menjadi anak yang soleh dunia akhirat sayang... amin

Daniel & Danish

Hi cepatnya masa berlalu, terasa diri semakin lama semakin tua ke arah kematangan, cepat betul masa berlalu, diabadikan gambar anak-anak yang semakin membesar. Ni gambar daniel yang sulung, si abang ni pantang je nampak kamera mesti nak posing cara dia.. Ni gambar daniel dari umur setahun..

Genap umur setahun sudah
Masa ni dalam setahun juga baru pandai jalan

dua tahun, masa ni tgh mandi air terjun area rumah mak di rawang
Ni si adik plak, posing ikut mood dia

Monday, 23 July 2012

Contest punyer cerita

Bulan puasa ni, banyak masa terluang, tengah gugel-mengugel contest, sekali ternampak gambar grand livina beso-beso.. Uish ni kereta idaman malaya ku.. Wah ada contest nampaknya...

Try hantar satu cerita dulu, ya Allah bestnyer kalau dapat menang grand livina tu kan... Erm cerita kisah bangga si cilik di bulan perayaan...:, terus dapat satu idea.. and yang ni sudah terhasil satu cerita, ingat nak tambah lagi dalam dua ke...

Ya Allah andai ini sudah tertulis rezeki ku kau permudahkanlah... tawakaltualullah

Sebenarnya masuk contest ni pun suka-suka, pernah menang contest sms Kotex tunai RM100, "Name me online" untuk genting resort dapat ipod (tapi kena pick up sendiri so tak amik burn je), dua ni lah join sesaja.. tapi alhamdulillah ada rezeki.. :) sekarang ni nak cuba nak cuba lah walaupon bukan peng'contest' tegar, apa salahnya mencuba mana tau rezeki kan.. ;)

Wishlist 2013

Wawawawa advance, baru bulan 7 dah ada wish list untuk tahun 2013..

Ok ni wishlist aku untuk tahun depan, insyaallah, semoga diperluaskan rezeki dan dipermudahkan urusan aku, anak-anak dan suami tercinta:-

1) Refinance rumah - bulan 8 nanti genap 5 tahun sudah
2) Beli kereta baru - mungkin trade in dengan myvi baru
3) Cuti-cuti ke Melaka, Cameron Highlands - sebelum daniel start sekolah biasa boleh ponteng2 (hehehe)
4) Beli katil utk bilik daniel - dah nak masuk 6 tahun tu, kena asingkan tidurlah dah janji nak belikan bedsheet, selimut semua BEN10
5) Mungkin shopping-shopping di KL pasal encik suami sudah gila dengan midvalley, alamanda, the mall, maklumlah duduk johor mana pernah ada sales gila-gila mcm KL
Ok cukup 5 ni dulu... one by one kata orang putih... Moga terlaksana hendaknya.. aminnn

Oh galaxy tab..

Kecur-kecur air liur mengidam benda alah ni, tak dapat 7.7 dapat 7.0 pun jadilah, hai... harap-harap cik abang ku sayang dapat menjadi kan ngidamku ini menjadi kenyataan.. birthday wish ye papa.. sempena birthday bulan lapan ni. Wah dah ingatkan gitu awal-awal...



Sebenarnya, encik suami nak bagi hadiah jam sama macam dia punya jam, brand titoni, tapi mama tak berapa minat pula papa bab-bab jam ni, dari papa bagi mama jam nak cecah ribu baik papa belikan mama galaxy tab ni, boleh lah mama update blog hihi..

Ok ok dah cukup berangan, semoga menjadi kenyataan, papa kata nak kerja keras dulu raya ni banyak tempahan cincin nak fokus dulu oder pelanggan, lepas raya insyaallah... yeayy hepi-hepi (berangan lagi)

Dimulakan dengan bismillah..

Bismillahhirrohmannirohim..

Assalammualaikum, hari ini 24 julai 2012, alhamdulillah akhirnya aku berjaya membuat blog. Sudah lama niat ini terpasang , tersirat di kalbu huhu.. akhirnya hari ini menjadi kenyataan (poyo je kan)... banyak faktor-faktor yang membuatkan niat tertangguh sebenarnya (alasan).. tunggu lah ada smart tab ni (coming soon) harap-harap blog aku ni tak bersawang hendaknya... banyak juga yang ingin aku ceritakan berkenaan aku, family etc khususnya.